top of page

Kampus

Aurat terjaga maruah terpelihara

Oleh Nasrah Abd Talib

 

NILAI, 7 MEI – Pengucapan awam atau lebih dikenali dengan Speaker corner diadakan setiap hari Rabu. Speaker corner ini merupakan salah satu aktiviti dalam Manarah Lughah Al-Arabiah yang merupakan program bagi memantapkan bahasa Arab.

Speaker corner ini diadakan pada setiap Rabu jam 1 tengahari di kafe Fakulti Pengajian Al-quran dan Sunnah. Ia dikendalikan oleh ahli jawatankuasa Manarah Lughah Al-Arabiah.

FPBU anjur bengkel penulisan projek ilmiah

Oleh Jaidi Yaakub

NILAI, 6 APR – Pihak pengurusan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Projek Ilmiah 2014 bagi mendedahkan kepada pelajar tahun tiga cara terbaik penulisan proposal dan penulisan projek ilmiah.

Musabaqah Tamsiliah bina yakin diri

Oleh Nur Nabila Zukifli

 

NILAI, 30 MAC- Musabaqah Tamsiliah meriah dengan lakonan mantap mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Pertandingan yang diadakan di DKU pada 29 Mac 2014 mencapai objektifnya.

Antara objektif pertandingan ini adalah mencungkil bakat mahasiswa dalam berbahasa Arab dan menanam keyakinan diri apabila berhadapan dengan khalayak ramai.

Ramah mesra staf dan pelajar FPBU

Oleh Nurulain Samsuddin

 

NILAI,18 MAC - Sambutan menggalakkan diterima Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dalam Program Iftar Jamaie. Program ini mencapai sasaran untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan staf FPBU.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program dijalankan seperti solat maghrib berjemaah, perkongsian nasihat daripada Dr. Azizi, Dekan FPBU dan ramah-mesra pelajar dan staf.

 

bottom of page