top of page

Luar Kampus

Family Day: FPBU tahun tiga erat ukhwah

Oleh Jaidi Yaakub

 

NILAI, 13 MEI - Pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) mengadakan program Family Day pada hujung minggu lalu bertempat di Pantai Saujana Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti riadah serta sukaneka dilakukan sepanjang hari tersebut seperti acara running man, makin jauh makin sayang, ulat bulu, dan tarik tali disebelah pagi. Manakala pada sesi petang pula pelajar-pelajar bermandi-manda sambil menikmati keindahan alam Port Dickson.

FPBU lawat rumah anak yatim At-Taqwa

Oleh Nasrah Abd Talib

 

NILAI, 27 APR – Kelab Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) mengadakan satu program lawatan mahabbah bersama anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong. Lawatan pertama kali diadakan disertai oleh 40 orang mahasiswa bersama seorang pegawai pengiring.

USIM berjaya tawan Gunung Datuk

Oleh Syaabanul Syafiq Zahar

 

REMBAU, 26 APR – Seramai 42 orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menawan Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. Aktiviti mendaki gunung ini merupakan anjuran kelab Nadi Thaqafah, FPBU.

Sepanjang pendakian ke kemuncak Gunung Datuk turut diselitkan dengan permainan dalam bahasa Arab sekitar flora dan fauna. 

FPBU rai gelandangan di KL

Oleh Nasrah Abd Talib

 

 

KUALA LUMPUR, 15 MAC – Kelab Nadi Thaqafah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), KINDNESS menganjurkan Program Jelajah Ummah FPBU bersama Gelandangan di sekitar Puduraya Sentral, Kuala Lumpur.

Program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat gelandangan serta memberi kesedaran dan keinsafan terhadap nasib golongan yang memerlukan bantuan serta menyelami bebanan kesusahan yang ditanggung oleh mereka.

 

 

bottom of page