top of page

Semasa

i-REKA 2014: Cungkil bakat rekacipta mahasiswa Islam

Oleh Norshahirah Ruhaimi

 

NILAI- Pertandingan i-REKA 2014 telah diadakan di salah sebuah  universiti terkemuka, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). i-REKA merupakan salah satu pertandingan berbentuk inovasi yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar Islam dalam membina ummah  yang berinovasi dan  kreatif.

 Pertandingan ini telah diadakan di Stadium  Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Pertandingan ini merupakan anjuran Urusetia Rekacipta dan Inovasi Islam  (UREKA), Fakulti Sains dan Teknologi, USIM.

Majlis Perdana Siswa Kolej Kediaman Jati

Oleh Nurulain Samsuddin

 

SEREMBAN, 5 Mei – Pelbagai persembahan menarik ditampilkan oleh pelajar Kolej Kediaman Desa jati Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersempena Majlis Perdana Siswa (MPS) Kolej kediaman Desa jati (KKDJ) bertempat di Klana Resort, Seremban baru-baru ini.

Persembahan dikir barat yang menarik dan spontan dari Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) berjaya menarik perhatian Naib Canselor USIM, YB Prof. Dato’ Dr Asma Ismail yang hadir dalam majlis tersebut.

Minggu Keusahawanan uji mahasiswa USIM

Oleh Syaabanul Syafiq Zahar

 

NILAI, 25 MEI – Hampir keseluruhan pelajar tahun tiga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka gerai perniagaan sempena Minggu Keusahawanan (USIM) di perkarangan Pusat Keusahawan Pelajar (PKP) bermula pada 20 hingga 24 Mei 2014. Minggu keusahawanan tersebut telah berjaya memupuk minat peniaga untuk bergiat aktif dalam perniagaan terutamanya kepada siswa (USIM).

Delegasi Mahabbah dan Intelektual eratkan hubungan antara pelajar USIM, UNISZA DAN UMT

Oleh Syaabanul Syafiq Zahar

 

TERENGGANU, 22 MAC – Satu Delegasi Mahabbah dan Intelektual anjuran kelab Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berjaya dijalankan bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Program bermula dengan lawatan ilmiah ke UMT melalui perkongsian dua hala daripada kedua-dua universiti. 

bottom of page