top of page

Sukan

Skuad futsal USIM raih tempat ke-4 IPT 2014

​Oleh Syaabanul Syafiq Zahar

SKUDAI, 25 APR - Futsal lelaki Universiti Sains Islam Malaysia USIM berjaya meraih tempat keempat dalam pertandingan Kejohanan Futsal Institut pengajian Tinggi (IPT) di Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UITM) Skudai Johor pada 22 April lalu.

Kejohanan futsal ini berlangsung selama empat hari disertai sebanyak 16 pasukan IPT antaranya dari USIM, Universiti Islam Antarabangsa (IUIM) ,UITM Pahang, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kolej kominiti Selangor .

Pelajar tahun tiga FPBU Johan Mahabbah Boling Perdana

Oleh Syaabanul Syafiq Zahar

 

NILAI, 19 APR- Pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergelar juara secara keseluruhan dalam pertandingan Mahabbah Boling Perdana (MBP) dengan pungutan mata sebanyak 932 menewaskan pelajar tahun satu FPBU dengan 875 mata. Pertandingan itu berlangsung di Kompleks Sukan Airport  baru-baru ini.

SUKOL : jalinkan hubungan antara mahasiswa dan staf

Oleh Nasrah Abdul Talib

 

NILAI- Sukan antara kolej-kolej kediaman 2014 (SUKOL) oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mampu menjadi medium perhubungan terpenting antara pelajar dan staf USIM.

SUKOL 2014 memberi tumpuan kepada penglibatan staf-staf untuk mengambil bahagian dalam aktiviti SUKOL. Beberapa acara ditambah seperti acara perarakan dan tarik tali, di samping acara sukan yang sedia ada iaitu bola sepak, futsal, ping pong, bola tampar, bola jaring, catur dan olahraga. 

Pavilion USIM pilihan IPG

Oleh Nurulain Samsuddin

 

NILAI –  Keistimewaan Pavilion Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang lengkap dengan trek dan mempunyai peralatan sukan menjadi pilihan tempat Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-2 Institut Pendidikan Guru (IPG)  Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek.

 

bottom of page